K. : Isnin, Januari 14, 2008JUMAAT, 2009 JUN

K.        Latihan
dan Kursus

Dasar
Penswastaan memberikan peluang latihan dan kursus kepada pekerja, jika selama
berkhidmat dibawah agensi kerajaan peluang berkursus adalah amat terhad.
Latihan dan kursus adalah bagi memastikan organisasi dapat mencapai pulangan
yang memuaskan dengan pelaburan yang dibuat oleh syarikat, oeh itu tujuan
latihan dan kursus adalah bagi mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, tingkahlaku atau perangai yang akan melonjakkan
keupayaan seseorang pekerja.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Menurut
Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara
kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya
berbeza daripada prestasi yang dikehendaki oleh majikan.

 

Tujauan latihan dan kursus
adalah:

i.                
Bagi
meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan pekerja dalam bidang berkaiatan

ii.              
Sebagai
persediaan menyesuaikan pekerja dengan system baru, prosedur serta cara kerja
akibat perubahan teknologi

iii.            
Membantu
pekerja lama dan baru bagi menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan baru.

iv.            
Terdapat
pekerja baru.

 

L.        Pencapaian

Sejak Dasar Penswastaan
dilancarkan  terdapat lebih 500 buah
agensi/jabatan terlibat sebagaimana berikut:

 

•Pembahagian Projek Penswastaan Mengikut Sektor 1983 – 2003 (% dari Jumlah)

• Tarikh Kemaskini : Isnin, Januari 14, 2008JUMAAT, 2009 JUN 19

 

Walaupun objektif penswastaan
bukanlah untuk mendapatkan hasil, program-program ini telah memberi sumbangan
pendapatan yang banyak kepada Kerajaan daripada penjualan aset dan ekuiti.
Bagaimanapun pada peringkat
awal penswastaan ini, majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh dasar ini Tetapi
selepas beberapa tahun, syarikat ini cenderung meningkatkan harga kerana
pelabur mahukan keuntungan yang tinggi dan akhirnya mangsany adalah rakyat.

 

M.       Kelebihan

i.                
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan

ii.              
Mutu perkhidmatan yang diberi menjadi lebih cekap dan
efisen

iii.            
Peluang untuk pemilikan saham syarikat yang
diswastakan

iv.            
Pekerja mempunyai peluang lebih baik dalam kerjayanya

v.              
Kadas cas bayaran perkhidmatan menjadi lebih murah

vi.            
Melengkapkan usaha kerajaan untuk memoden dan
memperkecilkan saiz perkhidmatan awam dan menjimatkan belanja mengurus oleh
kerajaan.

 

N.        Kelemahan

i.                
Akan mengujudkan eksplotasi oleh syarikat dengan
rakyat (pengguna)

ii.              
Syarikat terlalu mengejar keuntungan dan rakyat yang
dipaksakan untuk menanggung kos tambahan

iii.            
Kedudukan sector awam yang ada seakan  tergugat dengan kecekapan perkhidmatan
syarikat.

 

 

 

P.         Contoh Agensi Yang
Terlibat Dalam Dasar Penswastaan

 

1.              
LEMBAGA LETRIK NEGARA (LLN)

LLN adalah pembekal tenaga
yang telah mendapat pujian Bank Dunia kerana keupayaan mentadbir dengan baik,
sihat dari segi kewangan dengan dasar yang mementukan harga yang sesuai dan
autonomi yang mencukupi. Pada 1 September 1990, LLN dikorporatkan menjadi
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan dimilik penuh oleh Kementerian Kewangan.

 

Selepas 20 tahun diswastakan
TNB gagal mencapai tujuan utamanya. Iaitu

i.                
Mengurangkan
beban kerajaan dari segi kewangan dan pentadbiran

ii.              
Membaiki
kecekapan dan produktiviti

iii.            
Membantu
dalam pertumbuhan ekonomi

 

Lanjutan tregedi “blackout
48” jam diseluruh Semenanjung, kerajaan telah mengeluarkan lesen menjana kuasa
letrik kepada syarikat-syarikat swasta (independent power producers atau IPP) yang
diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk diagihkan
kepada pengguna.

 

Lima syarikat IPP utama yang
memperolehi lessen tersebut ialah :

i.                
YTL Power
Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay

ii.              
Segari Energy
Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

iii.            
Powertek Bhd milik
Tan Sri T. Ananda Krishnan

iv.            
Genting Sanyen
Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong

v.              
Port Dickson Power
Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan (kini dibeli oleh 1MDB)

 

Pemilihan
IPP ini dilaksanakan oleh EPU secara terus bukan dengan tender terbuka dan
tiada kuota khas untuk bumiputera yang tentu tersasar dari DEB. Malahan yang
lebih sadis lagi ialah harga yang dijual oleh IPP ini kepada TNB lebih mahal
dari kuasa yang dijana oleh TNB sendiri. Kos janaan kuasa oleh TNB ilah 8 sen
seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna sebanyak 17 sen seunit. Mankala
IPP menjual kepda TNB sebanyak 23 senn dan TNB terpaksa menjual semula kepada
pengguna sebanyak 30 sen seunit.

 

Slogan penswastaan
akan mengujudkan perkhidmatan  yang lebih
baik dan murah tiada sama sekali malah penswastaan TNB mengakibatkan rakyat terpaksa
menanggung kos yang tinggi, kos tenaga yang tinggi menyebabkan kenaikan harga
barangan yang seterusnya akan menjadi rantaian kehidupan yang menyusahkan
rakyat.

IPP
menerima subsidi gas paling banyak dari Petronas, tetapi ia membekalkan tenaga
kepada TNB dengan harga yang tinggi yang bermakna IPP mengaut untung yang besar
dari subsidi gas Petronas.

 

 

Kesan penswastaan LLN (TNB)

i.                
Meningkatkan
beban hutang kerajaan melalui subsidi gas kepada IPP

ii.              
Menghakis
prestasi kewangan TNB kerana terpaksa membayar billion ringgit kepada IPP.

iii.            
Kenaikan
tariff tenaga dan membebankan rakyat (pengguna)