Komunisme gagasan komunis telah diterima di China, Jepun,

Komunisme adalah sebuah gagasan ilmu atau kepercayaan yang lahir sebagai reaksi terhadap kapitalisme pada abad ke-19. Istilah komunisme seringkali dicampuradukkan dengan Marxisme sehingga fahaman komunis  tersebut menjadi prinsip semua parti komunis di seluruh dunia. Pada asalnya, fahaman komunis ini berasal daripada pemikiran Lenin dan apabila digabungkan menjadi Marxisme-Lenisme. Dalam komunis, perubahan sosial harus dimulai dengan peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh sesebuah parti komunis. Secara ringkasnya, perubahan sosial bermula daripada golongan lapisan masyarakat yang paling bawah yang dikenali sebagai buruh. Sementara itu, pada zaman kapitalisme, golongan buruh ditindas dan segala keuntungan serta kekayaan dimiliki oleh golongan borjois. Dalam fahaman komunis, parti yang mengetuai negara yang mengamalkan fahaman komunis memperjuangkan hak pekerja tidak mengira batas pekerjaan, pelajar dan bersikap anti-kolonial di mana mereka tidak ingin menerima kapitalisme.  Menurut manifesto komunis, komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama iaitu;1. Penghapusan hak milik persendirian2. Cukai pendapatan progresif yang berat3. Penghapusan hak pusaka4. Perampasan hak persendirian5. Kewujudan bank pusat6. Sistem komunikasi dan pengangkuan milik penuh kerajaan7. Golongan pekerja dikawal kerajaan8. Kilang dan kawasan pertanian dikawal oleh kerajaan9. Perancangan serantau dan perladangan yang dikorporatkan10. Pendidikan di bawah kawalan kerajaanDalam penyebaran fahaman komunis, penekanan terhadap golongan buruh atau rakyat biasa menjadi perkara utama kerana golongan ini selalu ditindas tetapi mereka memainkan peranan dalam menggerakkan jentera pembangunan ekonomi negara. Setelah kemunculan fahaman komunis yang diterapkan apabila meletusnya Revolusi Bolshevik di Russia pada tahun 1917, fahaman komunisme telah diterapkan dalam pentadbiran dan mengubah haluan negara tersebut ke arah negara komunis. Sementara di Jerman dan Hungary, Bolshevik mengalami kekalahan dan kekalahan tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap pergerakan komunis di benua tersebut. Kejayaan di Rusia dan kekalahan Bolshevik telah menjadi titik permulaan penyebaran fahaman komunis ke Asia. Menjelang abad ke-20, penerimaan gagasan komunis telah diterima di China, Jepun, Korea, India, Filipina,Vietnam dan Indonesia. Para intelektual telah mengkaji perkembangan fahaman “baru” melalui medium pembelajaran berkumpulan Marxist. Penyebaran fahaman komunis berlaku dengan pantas dengan bantuan media cetak. Kuasa media cetak sangat berpotensi untuk mengubah minda masyarakat untuk menerima apa-apa bentuk fahaman. Negara-negara yang menerima tempias gagasan komunis terletak berdekatan dari Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Hal ini menyebabkan gagasan komunis telah tersebar kepada masyarakat di kedua-dua wilayah tersebut. Pada peringkat permulaannya, penyebaran fahaman komunis disasarkan kepada golongan Melayu tetapi perkara ini disedari oleh Tan Malaka apabila segala kerjasama politik yang dijalankan dengan pemimpin Melayu tidak berjaya. Oleh itu, beliau telah mensasarkan golongan Cina yang berada di Tanah Melayu. Senario yang sama turut berlaku di Sarawak apabila kedatangan orang Cina sekitar abad ke-19 apabila mereka terlibat dalam aktiviti perlombongan antimoni dan perniaga di Sarawak. Golongan ini menjadi sasaran untuk mendalami fahaman komunis. Walaupun berada jauh dari Tanah Besar Cina, kesetiaan orang Cina terhadap Negara asal mereka kekal. Dengan tersebarnya beberapa risalah dan buku-buku yang mengandungi fahaman komunis menyebabkan mereka ingin menyebarkan perkara tersebut kepada masyarakat tempatan. Radio Peking turut mempengaruhi orang Cina dalam kegiatan penyebaran fahaman komunis telah memberikan peluang kepada mereka menyebarkan dakyah komunis secara menyeluruh kepada orang awam.